Sabtu, 23 Mei 2009

aku guru



aku telah ditakdirkan menjadi guru pada bulan ogos 1994 di bumi wakafan yang bertuah ini. datang dengan seribu harapan dan sejuta impian untuk mendidik anak bangsa di bumi penuh dengan barakah ini. banyak yang aku pelajari dan kenali di sini bersama rakan seperjuangan dan anak - anak didikku yang ku sayangi. pengalaman dan perkongsian yang ku timba dan ku curahkan di sini moga mendapat keredhaan dan diberkati selalu buat bekalan di hari KEMUDIAN.

Guru, murabbi ,pendidik mahupun cikgu matlamat kami satu untuk menunjuk dan menyuluh lorong - lorong kegelapan seorang murid ataupun anak didik. moga pengorbanan dan perjuangan ini tidak akan luntur dek kerana meningkatnya usia dan bertambahnya ujian dan cabaran. Semoga Allah sentiasa membimbing dan menyuluh jalan aku dan rakan - rakan seperjuangan yang lain. Amin

4 ulasan:

  1. tahniah ummi......

    gayung bersambut jua akhirnya.

    semoga blog ini terus ceria dan terus penuh bercahaya

    BalasPadam
  2. salam ustazah ...selalu rindu ustazah..
    tak pernah rasa nak lupa..cuma kadang2 tak sempat..

    selalu lah lawat blog ana.. dapat berikan komen membina selalu.. :)

    wslm..

    BalasPadam
  3. salam ustazah..semoga dirahmati..
    terima kasih lawat blog ana..maaf jugak lewat balas sbb masih dlm fatrah imtihan..
    doakan kami anak-anak didik ustazah..

    semoga ada kesempatan utk jumpa lagi..
    selamat menulis :)

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum ustazah...
    Semoga sihat wal'afiat di bawah rahmat Allah.
    Alfun mabruk atas blog yang dibangunkan...
    Jemput lawat blog saya...
    Rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari guru kerana setiap hari adalah merupakan hari guru...
    Jazakumullahu khairan kathira...

    BalasPadam