Sabtu, 23 Mei 2009

aku guru



aku telah ditakdirkan menjadi guru pada bulan ogos 1994 di bumi wakafan yang bertuah ini. datang dengan seribu harapan dan sejuta impian untuk mendidik anak bangsa di bumi penuh dengan barakah ini. banyak yang aku pelajari dan kenali di sini bersama rakan seperjuangan dan anak - anak didikku yang ku sayangi. pengalaman dan perkongsian yang ku timba dan ku curahkan di sini moga mendapat keredhaan dan diberkati selalu buat bekalan di hari KEMUDIAN.

Guru, murabbi ,pendidik mahupun cikgu matlamat kami satu untuk menunjuk dan menyuluh lorong - lorong kegelapan seorang murid ataupun anak didik. moga pengorbanan dan perjuangan ini tidak akan luntur dek kerana meningkatnya usia dan bertambahnya ujian dan cabaran. Semoga Allah sentiasa membimbing dan menyuluh jalan aku dan rakan - rakan seperjuangan yang lain. Amin